Monday 12 March 2012

REBUTLAH PELUANG

Serba ringkas mengenai usaha ternak ini.
Lobster:
Berasal dari Australia dan Papua New Guinea. Boleh di harvest ketika berusia 6 bulan ke atas. Boleh membesar sehingga maximum sekaki panjang (12 bulan). Setiap induk betina mula matang usia 4 bulan. Boleh bertelur 4 kali setahun. Setiap kali bertelur boleh hasilkan antara 50 ke 500 anak bergantung kepada saiz ibu. Tahan lasak. Boleh tahan tanpa air 12 jam.

Kolam: 
Keluasan 1 kaki persegi: 6 ekor bermakna sebuah akuarium 3x2 kaki = 6 kaki persegi= =36 ekor.
Gunakan filter atas yang airnya jatuh balik ke dalam akuarium dan hasilkan buih udara kerana Lobster ini perlukan pengudaraan yang baik. Boleh guna aerator untuk hasilkan bubble udara. Letakkan kayu hanyut atau apa sahaja spt potongan pvc bagi tempat berlindung. Gelapkan kawasan ternak kerana Lobster ini sukakan kegelapan dan akan lebih cepat membesar.

Air:
Air tawar Ph 6.5 hingga 9. Lebih sesuai air berakali/ mineral tinggi. Air paip dinyah klorin sesuai digunakan. Hanya guna 6" sahaja dalam takungan.

Makanan:
Pellet ikan dasar, kulit udang laut, kacang hijau direndam semalaman, carrot/ubi keledek dipotong dadu, isi ikan,potongan daging lembu dll.

Pasaran:
Sangat luas kerana kurang saingan. Harga semasa bagi saiz 6" (6-7 bulan)= RM70- RM90 sekilo (6 ekor). Lebih besar lebih mahal. Pihak kami juga bersedia beli jika banyak dan cukup saiz tapi tolak 30%.

Cara Beli Induk:
Pastikan bilangan induk yang anda mahu, darabkan dengan RM80. Contoh: 50 ekor x RM80= RM4000. Minta no. akaun dari saya dan bank in full. Penghantaran dibuat dalam masa 5-7 hari bekerja memandangkan banyak pesanan sekarang ini. Beritahu saya bila dah bank in.

Khidmat nasihat disediakan dan ebook tatacara ternak diberi.


PS*
Udangkara kami telah di crossbreed beberapa stages bagi mendapatkan kualiti terbaik. Khas untuk industri makanan.


Terimakasih.

Sila lihat 'older posts' di bawah.:)